Subscribe

Powered By

Powered by Blogger

Tuesday, October 13, 2009

Tuah dan Hantu

SETELAH Tuah menjalani latihan fizikal dengan Tok Guru Sang Persata Nala dan Aria Putera. Maka Tuah di minta oleh gurunya supaya pergi betapa di dalam Hutan Hantu. kata Tok Gurunya hutan itu sangat berpuaka dan tiada siapa yang berani pergi ke sana. Barang siapa yang pergi ke sana tiada selamat pulang sekian ini. Dengan semangatnya Tuah pun pergi mengembara mencari hutan Hantu itu. Malangnya dalam pengembaraannya ke hutan hantu Tuah telah tersesat jalan. Tuah pun mencari akal bagaimana hendak mencari jalan ke hutan hantu itu. Dalam perjalanannya dia tersempak dengan seorang lelaki tua yang sedang termenung. Tuah menyapa lelaki tua itu. tapi lelaki tua itu tidak menjawab. Dalam hati Tuah berkata sombongnya lelaki tua ini. sudahlah tua buruk rupanya. Tuah pun berlalu pergi. sampai di suatu simapang Tuah ternampak papan tanda ke hutan hantu. alangkah gembiranya Tuah apabila sudah jumpa jalan yang betul ke hutan hantu. sampai di huta hantu Tuah ternampak sebuah pondok di tengah hutan tersebut. dalam hatinya berkata baik aku tinggal di pondok ini sahaja. Maka Tuah pu mula la bertapa. Hari semakin senja dan mentari kesuraman serta diselubungi dengan kegelapan yang merangkak-rangkak perlahan menutupi hutan hantu itu.

Tiba-tiba tuah dikejutkan dengan satu ketukan yang kuat pada pintu pondok itu. Tok...Tokk..Tokkk. Tuah bertanyakan siapakah gerangannya. Tapi gerangan itu tidak menjawab sebaliknya mengilai sedikit-sedikit. Tuah bergegas membukanya tetapi tidak ada orang yang dilihatnya. perasaan seram mula menjalar di seluruh tubuhnya. Tuah fikir ini mungkin cubaan untuk menguji ilmunya. maka dia pun kembali bertapa. tapi sebaik sahaja dia mahu memejam matanya.. tiba-tiba sekali lagi pintu pondok itu diketuk. Tok...Tokk..Tokkk.... tapi kali ini Tuah tidak membuka pintu itu. Tuah tidak mempedulikan ketukan itu. dan ketukan itu semakin kuat dan kuat lagi.. Tuah begitu terganggu dengan ketukan itu lantas beliau pergi keluar dari pintu belakang dan menuju ke pintu depan untuk membelasah hantu yang mengacaunya.

Tetapi Tuah terkejut melihat hantu itu yanag matanya besar bersinar dan kulitnya putih melepak, rambutnaya panjang mengurai. Tuah pun bertanya pada hantu itu kenapa hantu itu cantik. hantu itu menjawab bahawa dia adalah hantu dari golongan bangsawan. Tuah bertanya lagi kenapa dia mengetuk pintu pondok itu. hantu itu menjawab "sebab aku nak masuk ke dalam. an ini adalah rumah aku." Tuah tercegal mendengar kata-kata hantu itu dan Tuah pun tersipu malu pergi meninggalkan Hutan itu.


p/s: ini adalah cerita rekaan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia. di dalam cerita ini juga tiada ilmu yang di sampaikan hanyalah sebuah cerita kosong dari penulis sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment