Subscribe

Powered By

Powered by Blogger

Tuesday, September 1, 2009

Taji-Taji Menari


Di dalam sebuah kota kosmopolitan yang penuh dengan beragam dan berpangkat jenis orang yang tinggal di dalamnya. Dimana kota-kota ini dikelilingi oleh raksasa-raksasa konkrit yang menutupi awam gemawan yang membayangi kota itu. Di mana fizikal objek-objek sekecil hama dan sebesar maha bergerak seperti denyutan jantung yang mengepam darah keluar masuk ke seluruh badan. Dan kitaran-kitaran tenaga yang menghembus keluar seperti nafas kepenatan. bergitulah kehidupan seharian di kota kosmopolitan itu yang beronar dan mencorak warna pelangi kota itu sendiri. Di dalam kota kosmopolitan itu ada seorang Menteri yang suka menyabung ayam. Menteri itu mempunyai lima ekor ayam jantan yang di peliharanya sejak dari kecil lagi. lima ekor ayam jantannnya itu bernama Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir, dan Likiu, Ayam-ayamnya di jaga dengan baik dari segi makan, minum, tempat tinggal dan sebagainya. Ayam-ayamnya sentiasa dalam keadaan baik bagi persediaan untuk menyahut cabaran daripada pihak lain. Menteri itu selalu berbangga dengan ayam-ayamnya. Kerana melalui kelima-lima ayamnya beliau memperolehi banyak wang pertaruhan dan harta benda hasil daripada penyabungan ayamnya dengan rakan-rakanya. Sehingga kini tiada siapa yang berani melawan atau mencabar Menteri itu kerana takut akan kehandalan ayam-ayamnya. Nama Menteri itu menjadi sebutan di kota kosmopolitan dan menjadi orang yang sangat berpengaruh. Dengan kedudukan beliau yang sudah tidak terkalah lagi menjadi beliau merasakan dirinya berkuasa. Menteri itu memancing pihak lain menyabung ayam dengannya. Dan apabila pihak lain itu kalah Menteri itu dapat merampas harta kepunyaan pihak lain itu.

Si Tuah merupakan ayam yang banyak berjasa kepada menteri itu. Si Tuah yang begitu patuh akan perintah tuannya dan sedia setia bersama tuanya. Manakala Si Jebat yang angkuh dan buruk perangainya

No comments:

Post a Comment